Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang “Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari Jumaat dan hari Jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut:
Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam A.S. dan pada hari Jumaat lah terjadinya kiamat.
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."
Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama Yahudi yang memeluk Agama Islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".
Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.
Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun untuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.
Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".
Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi Muhammad SAW bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya". Ibadah pada hari Jumaat. Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
Selawat
Sabda Nabi Muhammad SAW "Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat. Mandi dan Pakaian Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.
Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat
Amalan Sunat Hari Jumaat
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telur. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"
p/s ~ Sekarang ni bila mau keluar jumpa kawan or cinta pakaian bukan alang-alang cantik berkilat-kilat lagi tetapi bila ke Mesjid pakai T-Shirt yang biasa-biasa saja pedahal pergi menghadap Allah..Nauzubillah..