Saturday, July 21, 2012

Thursday, June 21, 2012

RAYUAN KEPADA ANAK-ANAK YANG PERIHATIN!

(TOLONG SHARE POST INI!)

1. Encik Semat Bin Umar, bernombor kad pengenalan 440316-12-5125, seorang warga emas berasal dari Kalabakan, Tawau, Sabah, menyewa di sebuah rumah sewa di Lorong Haji Said Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam bersama isteri yang di kahwini 10 tahun lepas yang berasal dari Medan, Indonesia. Beliau telah pikun dan isterinya pula menghidapi penyakit paru2 dijangkiti kuman.

2. Ketika di Sabah dahulu beliau mempunyai isteri dan 5 orang anak dan di percayai kelima-lima anaknya juga telah berhijrah ke Semenanjung.

3. Tiga minggu lepas isterinya telah di masukkan hospital selama 2 minggu kerana penyakit paru2 dijangkiti kuman. Oleh itu, Encik Semat hidup seorang mengharap belas ihsan jiran-jiran sebelah ketika ketiadaan isterinya.

4. Selepas menerima aduan dan membuat tinjauan, selasa lepas atas kapasiti sebagai SU JKKK, saya telah menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat mengambil langkah sewajarnya bagi membantu Encik Semat dan pada petang tadi Jabatan Kebajikan Masyarakat datang dan membawa beliau ke Hospital Ampuan Rahimah Klang.

5. Oleh kerana isterinya mengadu bahawa beliau tidak mampu untuk menjaganya, Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin akan menempatkan Encik Semat di rumah Kebajikan orang tua.

6. Ketika ini, Encik Semat telah di masukkan di dalam wad kerana kesihatannya yang tidak baik.

7. Kepada anak-anak beliau atau sesiapa yang mengenali Encik Semat dan tahu dimana anak-anak beliau berada, saya merayu agar anak-anak beliau dapat mengambil berat tentang keadaan ayah mereka dan menjaganya sebelum beliau menemui Ilahi. Alangkah sedihnya jika beliau di masukkan ke rumah kebajikan dan sisa-sisa hidupnya di habiskan di sana tanpa anak-anak disisi.

8. Jika ada persengketaan dan sebagainya sebelum ini, lupakanlah dan berbaktilah kepada beliau kerana redha Allah itu begantung kepada redha kedua ibu bapa kita.

9. Sila hubungi Encik Nazri di Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang 03-33710885

10. Sekarang En. Semat berada di Wad 8B Katil No 7 Hospital Ampuan Rahimah Klang Selangor.

(TOLONG SHARE POST INI!)

p/s: dibenarkan copy dan paste untuk tujuan share. kami melakukan ni atas dasar prihatin.jika anda boleh share mengenai kehilangan anak duta besar Switzerland sampai disebar keseluruh talian komunikasi,apa salahnya anda berbuat demikian untuk pakcik ni juga...

Sunday, June 17, 2012

Harimau Muda membaham Qatar U22

Perlawanan persahabatan bola sepak diantara Malaysia ( Harimau Muda A ) menentang skuad bawah 22 tahun Qatar adalah rangkuman persediaan skuad bimbingan Ong Kim Swee untuk menguji barisan pemain dalam misi menghadapi saingan pusingan kelayakan Piala AFC 2013 bawah 22 tahun yang akan bermula pada 23 Jun ini.



Perlawanan bermula pada pukul 4.30 petang di Stadium Shah Alam.

Terdahulu,pasukan bawah 22 tahun Timor Leste yang sebenarnya akan beraksi bersama Harimau Muda pada perlawanan persahabatan ini,tetapi mereka telah telah menarik diri.


Keputusan penuh perlawanan Malaysia menang 2 gol berbalas 0 hasil jaringan Irfan Fazail dan Md Rozaimi masing-masing pada minit 27' dan 68'. Nazmi Faiz pula dilayangkan kad merah pada minit 43' dan sebelum itu seorang pemain Qatar pun mendapat kad merah pada minit 41'.


Tahniah diucapkan kepada Skuad Malaysia ( Harimau Muda A ) atas kejayaan ini.. Teruskan prestasi yang baik untuk menaikkan martabat bolasepak Malaysia di mata dunia..


*SIARAN TERTUNDA PERLAWANAN INI AKAN DISIARKAN DI ASTRO ARENA 801 jam 8.30 malam..

Thursday, December 29, 2011

Icon Untuk Chat FB

Paling Siuk kalau kita bersembang di ruangan CHAT Facebook tu kalau ada Icon/Emoticon yang boleh menawan hati teman² kita kan ehehe..
Baiklah sini ada beberapa Icon yang boleh kita pakai untuk digunakan dalam Chat FB tu.. Selamat mencuba untuk menawan hati hehe..


Copy dan Paste ja kod ni dalam chat kamurang :

Angry Bird--> [[166456416741199]]
Shin Chan --> [[196431117116365]]
Doraemon --> [[155393057897143]]
Spongebob --> [[334954663181745]]
Domo --> [[250128751720149]]
Sonic --> [[120219704713360]]
Pooh --> [[123363421035031]]
Piglet --> [[132045620187428]]
Ultraman --> [[147290738648754]]
Bleach --> [[40134995667]]
Justin Bieber --> [[199705483893]]
Adidas --> [[111751548879681]]
BoBoiBoy --> [[110056482412380]]
Mickey Mouse --> [[297035248728]]
Greyson Chance --> [[239842169376590]]


UPDATE


[[171108522930776]] -------> Trollface
[[164413893600463]] -------> Me Gusta
[[218595638164996]] -------> Yaoming
[[189637151067601]] -------> LOL
[[129627277060203]] -------> Poker Face
[[227644903931785]] -------> Forever Alone
[[100002752520227]] -------> Okay Guy
[[100002727365206]] -------> Challange Accepted
[[208551699231052]] -------> (d)
[[100003281387902]] -------> (smirk)
[[149615398444588]] -------> (wary)
[[147753965332916]] -------> (dhat)
[[211804458902220]] -------> (cd)
[[333708903307152]] -------> smirk
[[131741810275104]] -------> xp
[[300983063279872]] -------> mario8
[[119793161471522]] -------> cool
[[144264815683239]] -------> maniac
[[164288477004432]] -------> Cd
[[157618067676266]] -------> xD
[[134695813311979]] -------> Hmm
[[138413752938532]] -------> chew
[[138413752938532]] -------> ksmirk

p/s ~ Kalau ada icon muka sendiri kan siuk ekekekkew...

Thursday, December 15, 2011

Ebi Sayang Sabah


Ebi Kornelis atau lagi dikenali dengan panggilan Ebi AF5 kali ini muncul lagi dengan single terbaru iaitu Sayang Sabah. Sekarang Ebi sudah mulai sinonim dengan gelaran Ebi Sayang Sabah.


Lagu Sayang Sabah ini dicipta oleh Komposer Asmin Mudin yang tidak asing lagi di Negeri Sabah ini. Lirik lagu yang berdurasi 3.23 minit ini juga dicipta oleh Asmin Mudin oleh itu tidak hairanlah lagu ini 100% terasa Sabah dia dari segi bahasa dan juga alunan muzik.




Menurut Ebi yang menghantarkan lagu Sayang Sabah ini terus ke emel sya, " Salam kawan2 seperjuangan...Inilah single terbaharu saya bertajuk ''SAYANG SABAH'' Dedicated untuk semua Orang2 Sabah di mana saja berada. Hasil ciptaan Komposer yang tidak asing lagi di bumi Sabah ini Asmin Mudin..Harapan saya agar kawan2 dapat putarkan lagu ini...Minta maaf kerana saya tidak dapat berjumpa personally untuk paskan cd ini. Tapi insyaAllah nanti kalu ada masa yang lapang kita akan bertemu juga kena kopi2....kehaaaaaaaaa...Sayang Sabah."



Ebi juga ada sertakan Lirik lagu Sayang Sabah ini antara liriknya yang sya suka adalah Sayang Sabah ditinggal-tinggalkan, Sumandak saya nangis kasihan, saya pergi mengumpul berian, sabar-sabar hormat pengorbanan. Hehe nah sya mau kasi dengar ni lagu sama sumandak-sumandak sya.




Akhir sekali Terima Kasih kami ucapkan kepada Ebi Kornelis yang mengirimkan lagu Sayang Sabah untuk dipromosikan di Sabahan.FM dan kami mengucapkan sekalung tahniah serta semoga terus maju jaya di lapangan SENI..






p/s ~ Sa mau juga lar minta buatkan lagu sama si Asmin Mudin..Tajuk dia "Paling Siuk" hehehe sapa setuju sila LIKE ar ekekekkew..

Tuesday, December 13, 2011

Othoe Atukoi Punya Sadap Botak




Siapa tidak kenal sama si Othoe yang sinonim dengan perkataan Atukoi, Tidak payah kasi cerita background dia panjang lebar sebab semua orang pun sudah tahu kan. Tetapi 100k Botak Charity masih ramai lagi orang belum tahu apa itu dan kenapa si Othoe mahu kasi botak kepala dia dan kawan-kawan dia yang ada rambut juga mahu ikut dibotakkan.


Ok begini cerita dia kalau kamurang mahu tahu selanjutnya, dulu si Othoe ni masa dia jadi DJ Radio dia pernah berhasrat untuk kasi botak rambut dia yang sudah bertahun-tahun dia pelihara jika ada yang menyumbang 100k untuk tujuan Charity. 

Menurut si Othoe " 100k tu inda kirala dtg dari beberapa individu/syarikat atau kerajaan negeri..sia target buli bantu 10 badan kebajikan / persatuan yg butul2 memerlukan bantuan utk 100k disalurkan..10k each!! Jadi sapa2 yg mau derma tu respon saja page ni k. Dan jemputan juga utk sapa2 yg mau join BOTAK FOR CHARITY tidak kira lelaki atau perempuan, orang awam atau artis atau menteri..dialu-alukan!! Tarikh yg sia pilih utk BOTAK 14hb Feb 2012!! Jadi tulung like ni page to support charity kempen yg inda seberapa ni k..mudahan bantuan dan sumbangan kita kepada yg memerlukan diberkati..2003 sia mula kasi panjang rambut..at least i got a good reason to be BOTAK!! Atukoi!! PEACE!!"


Help-Potrait Charity di Suria Sabah 10/12/11


Pada 10 Disember yang lalu si Othoe bersama-sama artis Sabahan berada di Suria Sabah untuk menjayakan Help-Potrait Charity. Antara yang turut hadir adalah Ebi Kornelis dan Nera bersama artis Sabahan yang lain. Sambutan terhadap Charity itu amat meriah sekali dengan kehadiran Dennis Wong untuk menjayakan kutipan RM1 untuk rakyat miskin Sabah. 


Bah apa lagi kepada semua warga Sabahan yang paling baik hati serta pemurah mari kita ramai-ramai support 100k Botak Charity bersama si Othoe. Sebagai tanda kamurang menyokong sila LIKE pages 100k Botak Charity di Facebook.


Beginilah ramalan bentuk kepala c Othoe setelah BOTAK




p/s ~ nah sya pun mau kasi botak juga ni kalau sampai 100k, dulu sya pernah botak masa bayar nazar lulus SPM hehe this time lar hahahha...

Sunday, December 11, 2011

14 Muharram 1433 H - Gerhana Bulan

Kejadian gerhana bulan merupakan salah satu bukti Kekuasaan dan Keagungan Allah SWT. Fenomena yang menakjubkan ini berlaku apabila bumi berada sesatah dengan garisan bulan dan matahari ketika fasa purnama. Pergerakan bulan semalam adalah seperti berikut:-


P1:Bulan mula memasuki kawasan bayang penumbra bumi pada jam 07:31:37 malam.
U1:Ketika ini bulan berada di dalam kawasan bayang penumbra bumi dan mula menyentuh bayang


umbra pada jam 08:45:11 malam.
U2 - U3:Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 10:05:29 malam hingga 10:57:45 malam. 


 Kemuncak gerhana ialah pada jam 10:31:36 malam.
U4:Bulan mula bergerak keluar dari kawasan bayang umbra bumi pada jam 12:18:04 pagi.
P4:Pada peringkat ini, bulan mula bergerak keluar dari kawasan penumbra bumi pada jam 01:31:30 pagi.

Saksikanlah gerhana yang bakal berlaku ini, betapa taatnya makhluk Allah ini mematuhi ketetapan Allah (Sunnahtullah) hingga tidak mungkir walau satu saat pun.

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedu-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang".
(Riwayat Imam Muslim)

Sempat juga sya ambil gambar bulan semalam tapi mohon maaflah kalau imej nda seberapa berkualiti sebab guna kamera digital compact saja bukan DSLR hehe.. 

Bulan @ 8.10 PM

Bulan @ 8.40 PM

Bulan @ 9.00 PM

Bulan @ 9.20 PM

Bulan @ 9.40 PM

Bulan @ 9.50 PM

Bulan @ 10 PM


Bulan @ 10.05 PM

Bulan @ 10.10 PM

Bulan @ 12.30 AM



Alhamdulillah pada malam tu langit cerah sahaja maka dapatlah sya mengambil gambar tentang bulan yang gerhana.

p/s ~ Isteri sepupu sya pergi mandi sunat gerhana sebab dia mengandung, terus pacik sya cakap kasi ikut sama sya sekali hurmm mengolok lar tu hahahaha...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More