Sunday, December 11, 2011

14 Muharram 1433 H - Gerhana Bulan

Kejadian gerhana bulan merupakan salah satu bukti Kekuasaan dan Keagungan Allah SWT. Fenomena yang menakjubkan ini berlaku apabila bumi berada sesatah dengan garisan bulan dan matahari ketika fasa purnama. Pergerakan bulan semalam adalah seperti berikut:-


P1:Bulan mula memasuki kawasan bayang penumbra bumi pada jam 07:31:37 malam.
U1:Ketika ini bulan berada di dalam kawasan bayang penumbra bumi dan mula menyentuh bayang


umbra pada jam 08:45:11 malam.
U2 - U3:Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 10:05:29 malam hingga 10:57:45 malam. 


 Kemuncak gerhana ialah pada jam 10:31:36 malam.
U4:Bulan mula bergerak keluar dari kawasan bayang umbra bumi pada jam 12:18:04 pagi.
P4:Pada peringkat ini, bulan mula bergerak keluar dari kawasan penumbra bumi pada jam 01:31:30 pagi.

Saksikanlah gerhana yang bakal berlaku ini, betapa taatnya makhluk Allah ini mematuhi ketetapan Allah (Sunnahtullah) hingga tidak mungkir walau satu saat pun.

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedu-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang".
(Riwayat Imam Muslim)

Sempat juga sya ambil gambar bulan semalam tapi mohon maaflah kalau imej nda seberapa berkualiti sebab guna kamera digital compact saja bukan DSLR hehe.. 

Bulan @ 8.10 PM

Bulan @ 8.40 PM

Bulan @ 9.00 PM

Bulan @ 9.20 PM

Bulan @ 9.40 PM

Bulan @ 9.50 PM

Bulan @ 10 PM


Bulan @ 10.05 PM

Bulan @ 10.10 PM

Bulan @ 12.30 AM



Alhamdulillah pada malam tu langit cerah sahaja maka dapatlah sya mengambil gambar tentang bulan yang gerhana.

p/s ~ Isteri sepupu sya pergi mandi sunat gerhana sebab dia mengandung, terus pacik sya cakap kasi ikut sama sya sekali hurmm mengolok lar tu hahahaha...

1 comments:

The distinct credit is the most popular choice among borrowers for receiving their reverse mortgage funds. mortgage payment calculator By population, Manitoba will be the fourth largest province in Canada, after Ontario, Quebec, British Columbia, and Alberta. canada mortgage calculator

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More