Sunday, December 4, 2011

Petaling Street Warriors ~ Paling Siuk

Tayangan adalah pada 1 Dec (Malaysia) dan 22 Dec (Singapura) seperti disiarkan di video ini..

Ini cerita pasal semalam gara-gara mahu betul menonton Ombak Rindu yang memenuhi ruangan Facebook kawan-kawan sya tapi tidak kesampaian untuk mengukur sedalam mana kesiukkan cerita yang dibintangi Aaron Aziz dan Maya Karin itu kerana tiket habis dijual sudah.


Tidak mahu rugi punya pasal sya pun dengan sorang rakan beli tiket Petaling Street Warriors ni sebab ternampak post di Facebook si Alvin Araluen Asok dia post pasal cerita ni best sangat. Dengan mempertaruhkan kepercayaan terhadap posting itu sya masuk ke Hall 5 yang dipenuhi oleh penonton Chinese. Awalnya macam menyesal juga beli tiket cerita ni sebab terbayang sudah jalan cerita dia mesti sya nda kerana cakap Cina.


Bila mula sahaja cerita itu sudah membuatkan satu hall riuh dengan gelak yang paling kuat semestinya dari sya sendiri terus sya cakap sama tu kawan sya siuk pulak ni cerita macam bukan Malaysia punya saja. Dari awal sampai akhir cerita tu sya paling manang kalau ketawa, aksi para pelakon, jalan cerita,dailog dalam cerita semua memang komedi. Bersesuaian dengan genre cerita mereka filem komedi kungfu. Bahasa Kantonis tu tidak menjadi masalah sebab ada juga sarikata Bahasa Melayu dan English disediakan.



Balik sahaja ke rumah terus sya buat selidikan pasal cerita tersebut patutlah siuk semacam rupanya filem ini adalah susulan dari cerita Nasi Lemak 2.0 yang telah meraih kejayaan besar walaupun timbul kontroversi. Namun Namewee kembali lagi dalam filem Petaling Street Warriors pulak. Filem edaran Golden Screen Cinemas (GSC) ini dibintangi pelakon kelahiran Singapura, Mark Lee yang memegang teraju utama. 



Tidak hairanlah teknik  choreographer dia siuk sebab Action Director dia adalah Yuk Sing Ma yang terkenal dalam pembikinan filem Storm Riders 2 dan A Chinese Fairy Tale di Hong Kong. Kalau cerita Nasi Lemak 2.0 itu dilimpahi dengan kontroversi rasanya Petaling Street Warriors ini akan dilimpahi dengan komen-komen yang positif kerana cerita ini memang lucu dan mencuit hati. Cuma ada beberapa adengan ciuman yang berani dipaparkan dalam cerita ini. Tetapi sya hairan kenapa scene itu berjaya lepasi tapisan oleh pihak berwajib.


Pertama kali sya menonton filem Cina Malaysia dilayar perak dan terus sya teruja, kalau perkembangan filem kita terus macam begini walaupun cerita Tamil sya akan tonton juga asalkan penonton rasa berbaloi dengan apa yang dibayar. Kepuasan 100% sya alami sewaktu keluar dari GSC 1B memang Paling Siuk Petaling Street Warriors. 


p/s ~ Harap-harap hari berikutnya dapat suda sya menonton Ombak Rindu pulak sebab semua orang cakap yang Aaron Aziz tu seiras betul sama sya hehehe..

5 comments:

Serius Black! Aaron Aziz tu memang sama iras dengan ko! hahaha. =P

Che Kay hahahaha serius sangat ka..?

belum ada masa mau pi tingok tapi teringin juga mau tinguk ni cerita....

besh tguk lar tadi baru ja tinguk Ombak Rindu...

mmg betul kata saudara yg komen tntg petaling street warrior tu,penggambaran dibuat dkat siputeh perak,dimana lokasi filem embun n leftenan adnan dibuat dulu,berhampiran dgan rumah saya juge,dan x terkecuali saya ade berlakon dlam filem ni sbagai pelakon tambahan.kalau tgok mereka masa pembikinan filem ni mmg kesian hujan panas smua kena tempuh,saya sendiri hampir terbakar kulit dibawah matahari terik..tetapi mereka smua sporting..dan teruja tgok art director dari hkong mengarah aksi kungfu..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More