Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu ~ Bikin Penuh Pawagam

Novel Ombak Rindu setebal 563 mukasurat dan telah diulang cetak sebanyak 21 kali itu telah  diadaptasi ke layar perak oleh Osman Ali dan ArmantonoPengarah yang baru-baru ini menggondol anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin menerusi filem Cun telah membuat ramai orang bersesak-sesak untuk menonton cerita ini.

Semalam sya baru berkesempatan untuk menonton di pawagam setelah dua malam berturut-turut kecundang kerana tiket telah habis dijual. Sya beriya-iya mahu menonton cerita ini sendiri kerana terlalu ramai kawan-kawan yang bercerita tentang kesayuan bila melihat filem tersebut.
Filem yang dibintangi oleh peneraju utama Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani memang mempunyai aura yang sungguh kuat untuk menarik penonton ke pawagam. Bila berada dalam semua seat penuh sehingga seat paling depan pun habis disapu orang tiada yang tinggal melainkan tangga sahaja.

Bila sya menonton sendiri Ombak Rindu ni baru sya tahu kenapa ramai orang suka dan berduka bila menontonnya. Jalan cerita filem ini berlainan sama sekali dari filem yang lain. Kemudian kesedihan dalam setiap babak berjaya disalurkan oleh peneraju watak masing-masing dengan selingan lagu yang sungguh menyentuh perasaan. Sebagai seorang penonton sya dapat merasakan setiap emosi yang dilakonkan itu terus ke hati sya. Tidak hairanlah ramai yang menitiskan air mata kerana mereka turut merasa kesedihan dan penderitaan yang digambarkan terutamanya daripada Maya Karin dan Aaron Aziz sendiri.

Bila sesuatu karya novel yang mengambil masa selama 5 jam untuk kita habiskan diadaptasikan ke filem yang hanya 2 jam sahaja tetapi kita sudah merasai kehangatan cerita itu sudah pasti membuktikan Novel Ombak Laut ini memang sesuatu karya yang paling siuk dihasilkan oleh Fauziah Ashari.
[MTV] Hafiz & Adira - Ombak Rindu (OST Ombak Rindu).

Bila sampai ke penghujung cerita Ombak Laut ini hampir separuh daripada penonton menepuk tangan tanda mereka memang mengiktiraf filem ini adalah antara filem yang HIT di penghujung tahun 2011. Sya memuji dan kagum kepada kebolehan yang ada pada Aaron Aziz sebagai seorang pelakon yang boleh membuatkan sya benci dan kemudian suka kepada wataknya dalam cerita tersebut. Maya Karin juga berjaya menguasai watak yang dilakonkan. Filem ini memang Paling Siuk yang pernah sya tinguk dikalangan cerita cinta di Malaysia.

p/s ~ Ternyata Aaron Aziz memang seiras macam sya hahahahahaha..*peyasan*

7 comments:

Rasanya harus dapatkan Novel Ombak Laut ni sebab cerita di Filem tidak sama dengan di novel hurmmm...Mau bisuk juga hehe

Ada ka di kedai? intai2 jugak buat masa ni macam teda. aku pegi tgk hari rabu malam hari tu. ni masih rasa mo tgk lagi. hehehe

Ada jual tapi online hehe ntah nanti mau cubuk2 lagi lar ni mana lubuknya hehehehe besh bagi kat sesorg yang disayangi hehe

Che Kay sya tak pyh beli hehehehe kawan sya ada Part 1&2 tapi dia cakap yg part 1 ja siuk...yahueeeeeeeeeee...

waduh2 Sandakan ndk dapat lagi tgok eto movie..tp eto novel kawan sudah baca...hehehe

Oya ka hehehe nah ko datang KK juga ari tu napa kan nda menonton hehehhe

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More