Tuesday, December 13, 2011

Othoe Atukoi Punya Sadap Botak




Siapa tidak kenal sama si Othoe yang sinonim dengan perkataan Atukoi, Tidak payah kasi cerita background dia panjang lebar sebab semua orang pun sudah tahu kan. Tetapi 100k Botak Charity masih ramai lagi orang belum tahu apa itu dan kenapa si Othoe mahu kasi botak kepala dia dan kawan-kawan dia yang ada rambut juga mahu ikut dibotakkan.


Ok begini cerita dia kalau kamurang mahu tahu selanjutnya, dulu si Othoe ni masa dia jadi DJ Radio dia pernah berhasrat untuk kasi botak rambut dia yang sudah bertahun-tahun dia pelihara jika ada yang menyumbang 100k untuk tujuan Charity. 

Menurut si Othoe " 100k tu inda kirala dtg dari beberapa individu/syarikat atau kerajaan negeri..sia target buli bantu 10 badan kebajikan / persatuan yg butul2 memerlukan bantuan utk 100k disalurkan..10k each!! Jadi sapa2 yg mau derma tu respon saja page ni k. Dan jemputan juga utk sapa2 yg mau join BOTAK FOR CHARITY tidak kira lelaki atau perempuan, orang awam atau artis atau menteri..dialu-alukan!! Tarikh yg sia pilih utk BOTAK 14hb Feb 2012!! Jadi tulung like ni page to support charity kempen yg inda seberapa ni k..mudahan bantuan dan sumbangan kita kepada yg memerlukan diberkati..2003 sia mula kasi panjang rambut..at least i got a good reason to be BOTAK!! Atukoi!! PEACE!!"


Help-Potrait Charity di Suria Sabah 10/12/11


Pada 10 Disember yang lalu si Othoe bersama-sama artis Sabahan berada di Suria Sabah untuk menjayakan Help-Potrait Charity. Antara yang turut hadir adalah Ebi Kornelis dan Nera bersama artis Sabahan yang lain. Sambutan terhadap Charity itu amat meriah sekali dengan kehadiran Dennis Wong untuk menjayakan kutipan RM1 untuk rakyat miskin Sabah. 


Bah apa lagi kepada semua warga Sabahan yang paling baik hati serta pemurah mari kita ramai-ramai support 100k Botak Charity bersama si Othoe. Sebagai tanda kamurang menyokong sila LIKE pages 100k Botak Charity di Facebook.


Beginilah ramalan bentuk kepala c Othoe setelah BOTAK




p/s ~ nah sya pun mau kasi botak juga ni kalau sampai 100k, dulu sya pernah botak masa bayar nazar lulus SPM hehe this time lar hahahha...

1 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More