Tuesday, December 6, 2011

Munajat Jodoh


JODOH adalah ketentuan Allah, siapa dan bila kita ketemu jodoh itu semua adalah urusan-Nya  . Janganlah bila kita sudah asyik dilamun CINTA kita sudah pasti bahawa itulah jodoh kita sebenarnya. Sesungguhnya Tuhan lagi Maha Mengetahui apa yang telah dipastikan untuk kita semua. Tetapi apa yang terbaik adalah berdoa agar kita diberikan jodoh yang baik. Sebelum itu ingatlah bahawa lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik begitu juga sebaliknya.

Pertama sekali serahkanlah cinta mu untuk Allah, nescaya akan diberikan cinta mu kepada yang terpilih.

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallammengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Kemudian berdoalah kepada Allah minta diberikan JODOH yang baik, tidak perlu memilih kesempurnaan kerana sesungguhnya hanya Allah yang Maha Sempurna.
Gambar Hiasan dari filem Ombak Cinta

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.

Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,

Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika dia bukan pemilik tulang rusukku,(jika aku bukan pemilik tulang rusuknya)
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.

Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…

Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Gambar sekadar hiasan dikalbu



p/s ~ Sekalung Terima Kasih untuk auramawaddah90 untuk doa ini. Semoga setiap apa yang kita kongsikan mendapat berkat dari-Nya..

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu ~ Bikin Penuh Pawagam

Novel Ombak Rindu setebal 563 mukasurat dan telah diulang cetak sebanyak 21 kali itu telah  diadaptasi ke layar perak oleh Osman Ali dan ArmantonoPengarah yang baru-baru ini menggondol anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin menerusi filem Cun telah membuat ramai orang bersesak-sesak untuk menonton cerita ini.

Semalam sya baru berkesempatan untuk menonton di pawagam setelah dua malam berturut-turut kecundang kerana tiket telah habis dijual. Sya beriya-iya mahu menonton cerita ini sendiri kerana terlalu ramai kawan-kawan yang bercerita tentang kesayuan bila melihat filem tersebut.
Filem yang dibintangi oleh peneraju utama Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani memang mempunyai aura yang sungguh kuat untuk menarik penonton ke pawagam. Bila berada dalam semua seat penuh sehingga seat paling depan pun habis disapu orang tiada yang tinggal melainkan tangga sahaja.

Bila sya menonton sendiri Ombak Rindu ni baru sya tahu kenapa ramai orang suka dan berduka bila menontonnya. Jalan cerita filem ini berlainan sama sekali dari filem yang lain. Kemudian kesedihan dalam setiap babak berjaya disalurkan oleh peneraju watak masing-masing dengan selingan lagu yang sungguh menyentuh perasaan. Sebagai seorang penonton sya dapat merasakan setiap emosi yang dilakonkan itu terus ke hati sya. Tidak hairanlah ramai yang menitiskan air mata kerana mereka turut merasa kesedihan dan penderitaan yang digambarkan terutamanya daripada Maya Karin dan Aaron Aziz sendiri.

Bila sesuatu karya novel yang mengambil masa selama 5 jam untuk kita habiskan diadaptasikan ke filem yang hanya 2 jam sahaja tetapi kita sudah merasai kehangatan cerita itu sudah pasti membuktikan Novel Ombak Laut ini memang sesuatu karya yang paling siuk dihasilkan oleh Fauziah Ashari.
[MTV] Hafiz & Adira - Ombak Rindu (OST Ombak Rindu).

Bila sampai ke penghujung cerita Ombak Laut ini hampir separuh daripada penonton menepuk tangan tanda mereka memang mengiktiraf filem ini adalah antara filem yang HIT di penghujung tahun 2011. Sya memuji dan kagum kepada kebolehan yang ada pada Aaron Aziz sebagai seorang pelakon yang boleh membuatkan sya benci dan kemudian suka kepada wataknya dalam cerita tersebut. Maya Karin juga berjaya menguasai watak yang dilakonkan. Filem ini memang Paling Siuk yang pernah sya tinguk dikalangan cerita cinta di Malaysia.

p/s ~ Ternyata Aaron Aziz memang seiras macam sya hahahahahaha..*peyasan*

Sunday, December 4, 2011

Petaling Street Warriors ~ Paling Siuk

Tayangan adalah pada 1 Dec (Malaysia) dan 22 Dec (Singapura) seperti disiarkan di video ini..

Ini cerita pasal semalam gara-gara mahu betul menonton Ombak Rindu yang memenuhi ruangan Facebook kawan-kawan sya tapi tidak kesampaian untuk mengukur sedalam mana kesiukkan cerita yang dibintangi Aaron Aziz dan Maya Karin itu kerana tiket habis dijual sudah.


Tidak mahu rugi punya pasal sya pun dengan sorang rakan beli tiket Petaling Street Warriors ni sebab ternampak post di Facebook si Alvin Araluen Asok dia post pasal cerita ni best sangat. Dengan mempertaruhkan kepercayaan terhadap posting itu sya masuk ke Hall 5 yang dipenuhi oleh penonton Chinese. Awalnya macam menyesal juga beli tiket cerita ni sebab terbayang sudah jalan cerita dia mesti sya nda kerana cakap Cina.


Bila mula sahaja cerita itu sudah membuatkan satu hall riuh dengan gelak yang paling kuat semestinya dari sya sendiri terus sya cakap sama tu kawan sya siuk pulak ni cerita macam bukan Malaysia punya saja. Dari awal sampai akhir cerita tu sya paling manang kalau ketawa, aksi para pelakon, jalan cerita,dailog dalam cerita semua memang komedi. Bersesuaian dengan genre cerita mereka filem komedi kungfu. Bahasa Kantonis tu tidak menjadi masalah sebab ada juga sarikata Bahasa Melayu dan English disediakan.



Balik sahaja ke rumah terus sya buat selidikan pasal cerita tersebut patutlah siuk semacam rupanya filem ini adalah susulan dari cerita Nasi Lemak 2.0 yang telah meraih kejayaan besar walaupun timbul kontroversi. Namun Namewee kembali lagi dalam filem Petaling Street Warriors pulak. Filem edaran Golden Screen Cinemas (GSC) ini dibintangi pelakon kelahiran Singapura, Mark Lee yang memegang teraju utama. 



Tidak hairanlah teknik  choreographer dia siuk sebab Action Director dia adalah Yuk Sing Ma yang terkenal dalam pembikinan filem Storm Riders 2 dan A Chinese Fairy Tale di Hong Kong. Kalau cerita Nasi Lemak 2.0 itu dilimpahi dengan kontroversi rasanya Petaling Street Warriors ini akan dilimpahi dengan komen-komen yang positif kerana cerita ini memang lucu dan mencuit hati. Cuma ada beberapa adengan ciuman yang berani dipaparkan dalam cerita ini. Tetapi sya hairan kenapa scene itu berjaya lepasi tapisan oleh pihak berwajib.


Pertama kali sya menonton filem Cina Malaysia dilayar perak dan terus sya teruja, kalau perkembangan filem kita terus macam begini walaupun cerita Tamil sya akan tonton juga asalkan penonton rasa berbaloi dengan apa yang dibayar. Kepuasan 100% sya alami sewaktu keluar dari GSC 1B memang Paling Siuk Petaling Street Warriors. 


p/s ~ Harap-harap hari berikutnya dapat suda sya menonton Ombak Rindu pulak sebab semua orang cakap yang Aaron Aziz tu seiras betul sama sya hehehe..

Friday, December 2, 2011

Pelancaran Album Kompilasi Indie-Band Sabah 2011

Pada hari Ahad (4.12.2011) akan berlangsung Majlis Pelancaran Album Kompilasi Indie-Band Sabah (KKMP) di Kompleks Karamunsing Kota Kinabalu. Majlis bermula seawal jam 9 pagi tetapi pelancaran akan dilakukan sekitar jam 11 pagi yang akan dirasmikan oleh YB. Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
Senarai nama band yang terlibat dalam majlis tersebut adalah seperti Downunder,The Maya,Frontman Company,The Heroes,Aftermath,Kenappa Band,Orang Planet,Rock~En~Soul,Xinxerena,Cahaya D'Folk dan I'm Not Single. Kesemua band ini termasuk dalam Album Kompilasi yang akan dilancarkan pada hari tersebut.








Di bawah adalah aturcara untuk majlis pelancaran pada hari Ahad nanti, Sabahan.FM juga merupakan rakan media bersama-sama dengan ON9FM,EraKK,RTM,HarianMetro,Utusan Borneo dan Berita Harian.

p/s ~ Kepada yang jauh nun di sana masih dapat mengikuti acara ini secara live di SABAHAN.FM ~ Siuk Bah DiDingar..

Tuesday, November 29, 2011

Logos Hope ~ Pameran Buku Di Lautan KK

Nah apa lagi warga KK mari ke pelabuhan kita pergi naik Logos Hope walaupun tidak dapat naik Titanic haha ini lagi best sebab banyak buku yang tidak ada di kedai buku biasa. Kalau dulu terpaksa jalan kaki dari luar pelabuhan KK kan nah sekarang ada sudah tu shuttle bus dia minta tambang RM1 saja bah hantar sana dekat kapal terus.

Tapi mengikut pengalaman sya bagus kamu jalan masa siang sebab kesesakan adalah kurang sedikit daripada malam hari. Kalau terlampau sesak ni tidak siuk juga sebab nanti fokus ke arah lain sudah bukan sudah ke buku hahahaha.
Harga buku dalam kapal ni memang murah tetapi jangan harapkan keluaran yang latest, harga sekitar RM8-RM16 dan mereka ada unit kiraan yang tertentu. Kalau ada budak-budak lagi bagus sebab tempat ni memang paling siuk bagi mereka. Selain itu ada juga buku masak-masak,tanam-tanam,kesihatan,kekeluargaan,kerohanian dan macam-macam lagi ada.
Jangan risau kalau pasal makan dalam Logos Hope ni ada International Cafe tidak akan kelaparan bila sudah puas pusing-pusing dalam kapal tu.


p/s ~ Ada ramai betul crew dalam sana tu bermacam-macam negara dorg, sya sampai sakit mata kerna melihat lambang bendera di baju mereka tu semua di paras yang merbahaya untuk bot-bot kecil. Nda percaya kamu datanglah tinguk sendiri hehe..

Pendakian Ke Gunung Emas

Setelah selesai jelajahan di Keningau sudah tiba masanya kami semua balik ke Kota Kinabalu. Sya berkeras untuk melalui jalan Gunung Emas sebab sya sudah pernah ikut jalan Kimanis tu jadi mau tukar angin pula kali ni (pedahal takut) hahahaha.
Perjalanan kami melalui banyak tempat yang menarik antaranya ialah Pusat Penerangan Rafflesia dan R&R Gunung Emas. Jap lagi sya kasitau kamu pasal yang itu k. Paling duluan kami limpas adalah SMK. Tambunan. Sya ingatkan tu adalah kolej nah sekali terbaca papan tanda dia sekolah rupanya terus sya punya perasaan macam mau sekolah balik saja haha. Sya dapat tahu yang sekolah itu telah berjaya memenangi beberapa anugerah diperingkat kebangsaan. Bertuah sungguh para pelajar yang menuntut ilmu sana bah.
Seterusnya depan sedikit dari SMK Tambunan pulak adalah Rumah Anak Yatim Tambunan. Dulu Konvoi Kenarianz sya tidak berkesempatan untuk turut serta tapi alhamdulillah kali ni sya dapat juga melihat sendiri rumah anak yatim yang pernah kami raihkan sewaktu majlis berbuka puasa di INTAN bersama Sabahan.FM. Lain kali kalau ada lawatan ke rumah anak yatim Tabunan ini sya tidak mau terlepas peluang lagi sebab mau juga melawat ke dalam dan melihat adik-adik yang pernah sya temuramah dulu hehe.
Kami teruskan lagi perjalanan dan singgah pula ke Air Terjun Makasob, bila sya sampai sana tiada sudah tu air yang terjun dari tempayan tu kenapa tu ar? Sebelum ni pernah melihat gambar yang bukan alang-alang tu air dia terjun bah cantik betul nah mesti tidak kena selenggara tu kan bagus kamu bikin cepat-cepat sebab sayang tu tempat cantik bah sesuai untuk orang ramai singgah ambil gambar dan berehat.
Naik sikit lagi menuju ke Gunung Emas kami tiba ke Pusat Penerangan Rafflesia, sya akan kongsikan sedikit info pasal bunga yang terbesar didunia ini ya. Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia. Walaupun mengambil masa 9 hingga 15 bulan untuk mekar, jangka hayat bunga rafflesia hanya tujuh hari sebelum mati. Bunga ini hanya tumbuh di Borneo dan Sumatera, ditemui Stamford Raffles beberapa kurun yang lalu.Bunga ini menjadi daya tarikan utama kepada pelancong-pelancong untuk melihat dari dekat keunikan bunga Rafflesia. Kalau mau tahu lebih lanjut datanglah ke Pusat Penerangan Rafflesia Tambunan.
Akhirnya kami tiba juga di Gunung Emas, masa tu memang kabus menyelubungi hehe macam d London sya rasa. Bila sampai sana Restoren Gunung Emas juga yang sya lawat duluan dan di seberang jalan sya ternampak Gunung Emas punya Tree Top Cabins. Kalau dahulunya kadar sewa cabin dikenakan RM60++ tapi apa yang sya lihat hari tu tempat tu macam sedikit seram dan suram. Persoalannya adakah tempat tu masih dijaga dengan baik atau sebaliknya? Harapan sya kena kasi jagalah bagus-bagus bah nanti kalau sya mau honeymoon boleh bawa ke sini hehe. Memang paling siuklah bila berada ditempat ni sejuk dan berkabus, keluar asap dari mulut sya. 



p/s ~ sya lagi suka lalu jalan ni dari Kimanis tu sebab sya rasa sini lagi selamat tidak curam jalan dia cuma ada satu selekoh tu macam U-Turn bila mau turun ke Penampang hahaha..Sikit lagi kami drift haha..




Saturday, November 26, 2011

Jalan Jalan Cari Jodoh

Siuk juga kan kalau terjodoh sama orang yang jauh ni. Bila buat majlis kahwin jalan pun serombongan kampung yang datang hehe kemudian dapat pergi tempat yang tidak pernah dilawat.


Pada hari Khamis yang lalu kami bertolak ke Ranau tapi jalan dari Lahad Datu ke Ranau sudah kira biasa sudah dengan situasi sekitarnya. Namun bila sudah tiba di Ranau rombongan kami singgah makan dulu kemudian sambung bertolak ke Tambunan pula. Rasa teruja sangat sebab pertama kali ni ke Tambunan.
Setelah 27 tahun akhirnya sya sampai juga Pekan Tambunan ni alhamdulillah. Pertama yang sya nampak adalah Bulatan Halia dengan sebilah pisau besar di tepi dia. Kemudian satu lagi bulatan yang ada Sompoton macam siuk ja kalau ditiup tapi besar sangat.
Apa yang buat sya kagum ialah di Pekan Tambunan ni ialah mereka ada Kompleks Sukan (stadium) walaupun tempat sya (LD) lebih luas kawasan dia dan maju pembangunan berbanding Tambunan namun tiada pun Kompleks Sukan di Lahad Datu. Itulah yang terlintas di fikiran semasa melalui jalan sepanjang Pekan Tambunan.
Kemudian dalam perjalanan ke Keningau pula kami melalui Kg Apin Apin. Punya panjang tu jalan di sana tidak ada pun satu selekoh sepanjang perjalanan tu lurus saja hehe. Akhirnya kami tiba juga di Keningau. Setibanya di sana kami bermalam di Hotel Central, kalau bab hotel di sini memang murah kadar dia jangan takut pasal penginapan k hehe. Yang mahal pun ada juga kalau mau antaranya Hotel Juta nama dia tapi tidak sampai berjuta pula kadar sewa dia.
Hari berikutnya selesai Solat Jumaat rombongan kami bertolak pula ke Kg Menawo Ulu. Sya jadi pemandu kereta pengantin ambil berkatlah kononnya haha. Yang peliknya di Keningau ni tiada laut tetapi ada pula Kg Menawo Laut. Akhirnya kami tiba di Mesjid Kg Menawo Ulu di mana berlangsungnya majlis pernikahan.
Selesai sahaja majlis akad nikah kami ke rumah pengantin perempuan. Kami sekali lagi teruja dengan adat perkahwinan masyarakat di Kg Menawo Ulu ni yang berbeza sekali dengan cara suku kaum kami di Lahad Datu.
Tahniah kepada sepupu sya Mohd Nazri Marmin dan isterinya Siti Zaharah Rahimin yang telah bergelar suami isteri pada 25/11/2011. Terima Kasih juga kepada kaum keluarga yang sudi datang meramaikan lagi rombongan pihak lelaki. Semoga kedua mempelai bahagia ke akhir hayat amin.
p/s ~ sya pun mau cari calon yang jauh macam di Mesir ka boleh juga melancong hahahaha..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More