Saturday, November 26, 2011

Jalan Jalan Cari Jodoh

Siuk juga kan kalau terjodoh sama orang yang jauh ni. Bila buat majlis kahwin jalan pun serombongan kampung yang datang hehe kemudian dapat pergi tempat yang tidak pernah dilawat.


Pada hari Khamis yang lalu kami bertolak ke Ranau tapi jalan dari Lahad Datu ke Ranau sudah kira biasa sudah dengan situasi sekitarnya. Namun bila sudah tiba di Ranau rombongan kami singgah makan dulu kemudian sambung bertolak ke Tambunan pula. Rasa teruja sangat sebab pertama kali ni ke Tambunan.

Setelah 27 tahun akhirnya sya sampai juga Pekan Tambunan ni alhamdulillah. Pertama yang sya nampak adalah Bulatan Halia dengan sebilah pisau besar di tepi dia. Kemudian satu lagi bulatan yang ada Sompoton macam siuk ja kalau ditiup tapi besar sangat.
Apa yang buat sya kagum ialah di Pekan Tambunan ni ialah mereka ada Kompleks Sukan (stadium) walaupun tempat sya (LD) lebih luas kawasan dia dan maju pembangunan berbanding Tambunan namun tiada pun Kompleks Sukan di Lahad Datu. Itulah yang terlintas di fikiran semasa melalui jalan sepanjang Pekan Tambunan.
Kemudian dalam perjalanan ke Keningau pula kami melalui Kg Apin Apin. Punya panjang tu jalan di sana tidak ada pun satu selekoh sepanjang perjalanan tu lurus saja hehe. Akhirnya kami tiba juga di Keningau. Setibanya di sana kami bermalam di Hotel Central, kalau bab hotel di sini memang murah kadar dia jangan takut pasal penginapan k hehe. Yang mahal pun ada juga kalau mau antaranya Hotel Juta nama dia tapi tidak sampai berjuta pula kadar sewa dia.
Hari berikutnya selesai Solat Jumaat rombongan kami bertolak pula ke Kg Menawo Ulu. Sya jadi pemandu kereta pengantin ambil berkatlah kononnya haha. Yang peliknya di Keningau ni tiada laut tetapi ada pula Kg Menawo Laut. Akhirnya kami tiba di Mesjid Kg Menawo Ulu di mana berlangsungnya majlis pernikahan.
Selesai sahaja majlis akad nikah kami ke rumah pengantin perempuan. Kami sekali lagi teruja dengan adat perkahwinan masyarakat di Kg Menawo Ulu ni yang berbeza sekali dengan cara suku kaum kami di Lahad Datu.
Tahniah kepada sepupu sya Mohd Nazri Marmin dan isterinya Siti Zaharah Rahimin yang telah bergelar suami isteri pada 25/11/2011. Terima Kasih juga kepada kaum keluarga yang sudi datang meramaikan lagi rombongan pihak lelaki. Semoga kedua mempelai bahagia ke akhir hayat amin.
p/s ~ sya pun mau cari calon yang jauh macam di Mesir ka boleh juga melancong hahahaha..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More