Wednesday, November 23, 2011

Malaysia - Syria Kelayakan Olimpik London 2012



Pasukan Harimau Muda Malaysia hari ini akan berentap lagi menentang pasukan Syria untuk kelayakan Olimpik 2012 (kump C). Syria telah menumpaskan Bahrain pada perlawanan sebelum ini dengan jaringan 3-1 manakala Malaysia pula tewas kepada Jepun 2 gol berbalas 0.


Kemenangan pada malam ini akan membuka lebih ruang untuk pasukan Malaysia dalam perebutan slot ke Olimpik London 2012. Persoalannya adakah pemain Skuad Harimau Muda ini mampu mencipta kemenangan susulan kejayaan merobek perasaan jutaan peminat Sang Garuda pada final SEA games beberapa hari yang lalu.


Para pemain kebangsaan dan pegawai yang berjuang mengharumkan nama negara telah menerima durian runtuh sumbangan peribadi dari Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah. Selain daripada mendapat ganjaran RM30,000, anak-anak buah Ong Kim Swee juga menerima satu lagi perkhabaran gembira apabila mereka semua akan diterbangkan ke Sydney, Australia pada pertengahan bulan Disember ini.


Malam ini perlawanan dijangka bermula pada pukul 8.45 malam, Namun sehingga pukul 1.30 petang tadi tiket yang berjaya dijual adalah sebanyak 2,000 keping sahaja. Diharap akan ramai lagi penyokong membanjiri Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada Skuad Harimau Muda ini. Kenapa pasukan Indonesia mendapat sokongan padu dari rakyat mereka dan atas alassan apa pula pasukan kita tidak mendapat sokongan lebih daripada itu. Buktikan yang Malaysia juga mempunyai Die Hard Fans yang lagi Power dari Power Renjes.


Bagi yang tidak dapat ke stadium anda boleh menyaksikan perlawanan malam ini melalui Astro Arena 801, RTM dan TV3. Kepada yang tidak mempunyai kemudahan tersebut anda boleh menyaksikan LIVE streaming dari LINK 1 atau LINK 2 . Kami warga Sabahan menyokong penuh Skuad Harimau Muda Malaysia dan mendoakan kejayaan milik Malaysia..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More