Kekalahan Malaysia kepada Syria dalam perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 sebentar tadi bukanlah atas faktor keletihan sepenuhnya. Namun ketidak keberkesanan dalam jentera serangan adalah sebab yang paling ketara sekali.
Ong Kim Swee perlu mencatur semula bahagian serangan tersebut untuk mendapatkan 'sengat' yang melampau. Pada awal perlawanan Malaysia dapat menjana serangan melalui jentera tengah namun bila sampai ke atas tiada tekanan susulan yang dilakukan oleh penyerang malahan mudah sahaja dipatahkan pihak lawan.
Kepada peminat-peminat bolasepak Malaysia janganlah pula mudah berputus asa terhadap Skuad Olimpik ini. Jangan pernah samakan lawan serantau dengan Syria sebab saiz mereka nyata advantage sudah memihak pada Syria. Namun apa yang sungguh mengujakan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat atau Apek tidak pernah menghampakan peminatnya. Dia tewas tetapi bukan semudah itu untuk menewaskan Apek.
Seorang lagi pemain cilik yang berusia 17 tahun sudah terbukti kematangannya bukan hanya di peringkat SEA Games tetapi dia sekali lagi menunjukkan pada perlawanan malam tadi yang usia bukanlah aras pengukur kematangan seorang pemain berbakat. Nazmi Faiz Mansor memainkan peranan yang sungguh besar dalam perlawanan tadi dengan mencipta beberapa peluang untuk rakan-rakan lain. Dia juga bijak dalam membuat keputusan dan tidak gopoh bila mengawal bola. Diharap bakat seperti Nazmi ini akan muncul lagi bagi memantapkan pasukan Malaysia sekaligus boleh mengalahkan Manchester United.
3 comments:
marah penyukung MUfc karang hahahahha
sayang,midfield byk dah htr kedepan,tp striker tumpul,dpt bola lepas mcm 2 je..
Witness ya bro mmg soul ko sma ma sa psl perkara ni hehehhe apa pun game td tu nda sedebar menentang Indonesia kn kn kn hehehehe
Post a Comment