Tuesday, November 22, 2011

KEMENANGAN KITA BUAT MEREKA MENGAMUK

Malaysia muncul juara Pertandingan Bolasepak Sukan Sea 2011 selepas menewaskan Indonesia melalui sepakan penalti 4-3. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 120 minit perlawanan.

Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia. Syabas juga kepada semua pemain skuad kebangsaan kerana anda semua adalah perwira negara.


Namun kemenangan pasukan negara kita itu telah menimbulkan kemarahan segelintir pakar HACKER laman sesawang dan juga laman sosial dari Indonesia. Sejurus sahaja tewas dalam perlawanan akhir itu beberapa laman sesawang Malaysia telah dicerobohi. Artis negara kita juga mendapat tempiasnya apabila laman sosial mereka digunapakai serta membuat status update yang menghina/mencaci pasukan negara. 


Antara laman sesawang yang dicerobohi ialah www.harian.malaysia.my dan www.pas.com.my , Manakala Adira AF8 juga turut menjadi mangsa apabila laman sosial untuk peminat Adira www.facebook.com/adirafanclub telah digodam oleh pihak yang menamakan diri mereka Hexor Crew.




1 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More